Softskill (Bangunan Sugus) & Advokasi (Oversharing)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskill dengan satu permainan Bangunan Sugus bagi menilai dan mengetahui sejauh mana kerjasama berkumpulan dan intergiti dikalangan peserta. Objektif aktiviti ini adalah bagi membantu peserta bekerja dalam kumpulan. Aktiviti ini diadakan selama 1 jam dari jam 3 hingga 4 petang. Dimana ianya disambung 1 jam selepas sesi advokasi bersama peserta dengan ulangkaji berkenaan dengan Berkongsi Secara Berlebihan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 8 orang pelajar iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah.

Semasa aktiviti ini, pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan menjadikan 4 orang dalam 1 kumpulan. Dalam setiap kumpulan setiap peserta ada tugas masing-masing dimana seorang ditugaskan membina Bangunan Sugus dengan mata ditutup dan hanya sebelah tangan sahaja yang bekerja. Manakala seorang lagi ditugaskan memberi arahan membina bangunan dan 2 orang tugasnya untuk menganggu proses pembinaan bangunan dikumpulan lawan. Untuk aktiviti ini, masing-masing mempunyai peranan dan yang paling berat adalah peserta yang bertutup mata dan terpaksa membina bangunannya dengan sebelah tangan sahaja.

Impak dari Kelas Softskill ini, peserta – peserta dapat dilihat kesungguhan para peserta hingga ada yang cuba menipu untuk menang. Setelah tamatnya permainan itu, diterangkan kepada peserta apakah tujuan Softskill ini. Moga dengan Softskill kebaikan peribadi kita dikekalkan dan keburukan perlulah diperbaiki.

# Klik Dengan Bijak – Bukan Semuanya Perlu Dikongsi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali