Kelas Softskill (Pembacaan Berita I) & Advokasi (Modul Building Resilience)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Softskill (Pembacaan Berita) & Advokasi berpandukan Modul Building Resilience. Objektif kelas itu adalah mengukuhkan pengetahuan Advokasi dengan Modul Building Resilience dan Softskill pendedahan Pembacaan Berita. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 5 orang peserta yang hadir iaitu 2 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas Advokasi pada petang itu adalah berkenaan topik dari Modul Resilience. Dimana diterangkan secara menyeluruh kepada peserta tentang Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta penjaga dalam era siber masa kini. Untuk Softskill, peserta-peserta didedahkan beberapa seduatan Berita dari Buliten Utama, Berita Awani, CNN News, Berita Cina TV2 dan banyak lagi. Sepintas lalu, kelas ini dianggap lucu lebih-lebih lagi apabila Berita Cina TV2 dipertontonkan. Kemudian peserta dibawa untuk membuat komen bagaimana berita utama, berita sukan, berita kematian disampaikan dengan perbezaan sintonasi. Kemahiran pembacaan perlu dalam setiap berita yang disampaikan bergantung dengan situasi berita tersebut.

Hasil daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam kelas tersebut. Kami berharap impak dari penerangan terperinci ini dapat membantu peserta-peserta mengingati pentingnya dari Modul Resilience dengan lebih dalam. Manakala untuk Kelas Softskill peserta dapat menambah pengetahuan mereka dalam penyampaian berita adalah mengikut keperluan berita yang disampaikan mengikut situasi, penyampaian yang tepat dan sintonasi yang sesuai. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali