Projek Tanaman Hiasan & Gotong Royong

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Projek Tanaman Hiasan bersama ahli pusat internet. Seramai empat orang peserta telah mengikuti projek ini. Ini merupakan projek untuk mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan mereka. Mereka dibekalkan pasu dan benih bunga untuk ditanam. Di samping itu, mereka juga telah terlibat dalam gotong royong mini di pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali