Kelas Advokasi – Perlindungan Kanak-Kanak dalam Talian Dan Kelas Multimedia – Video Editing
27 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2019 (Sabtu) iaitu Sesi Petang, Pusat Internet telah mengadakan Kelas Advokasi – Perlindungan Kanak-Kanak dalam Talian dan Kelas Multimedia – Video Editing. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2 hingga 5 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta dimana 5 orang perempuan dan seorang lelaki. Peserta peserta adalah kebanyakan nya di kalangan sekolah rendah dan sekolah menengah.
Advokasi Perlindungan Kanak Kanak dalam Talian adalah bertujuan untuk memantapkan pemahaman peserta tentang penting nya melindungi kanak-kanak dalam talian dan Kelas Multimedia – Video Editing adalah untuk menambah pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan fungsi komputer. Kelas ini telah di mulakan dengan sesi pertama selama sejam bagi mededahkan dan menerangkan advokasi perlindungan kanak-kanak dalam talian. Di dalam kelas ini, peserta telah didedahkan tentang akta akta kanak kanak yang telah di tubuhkan bagi tujuan melindungi keselamatan kanak kanak di luar talian mahupun di dalam talian. Sejurus itu, kelas telah disambung dengan sesi kedua iaitu Kelas Multimedia – Video Editing. Peserta telah belajar menggunakan software membuat video gambar iaitu Filmora Video Editing Software. Peserta juga di diajar secara beperingkat mengikut langkah yang telah diterangkan. Melalui kelas ini, peserta dapat menambah kan lagi ilmu kemahiran dalam penggunaa komputer atau ICT.
Pengakhiran kelas ini, peserta telah memberi respon yang sangat baik kerana semua peserta sangat aktif dalam mengeluarkan pendapat dan banyak bertanya tentang slot advokasi yang telah disampaikan. Hal ini telah mengambarkan peserta mengambil perhatian sepenuh nya sepanjang kelas dijalankan. Selain itu juga, peserta juga telah mempelajari perkara baru iaitu menyunting video gambar. Peserta sangat teruja dengan sesi pembelajaran ini kerana mereka telah mencuba sendiri menyunting video dengan kreatif dan dapat mengembangkan lagi kreativiti dan bakat mereka. Diharapkan, program yang diberikan oleh staff PI Rantau Panjang dapat mengansahkan lagi bakat bakat yang terpendam komuniti yang ada dalam diri mereka secara tidak sedar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: