Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Pengantunan Dalam Talian)
14 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi (Pengantunan Dalam Talian). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Pengantunan Dalam Talian dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan Pengantunan Dalam Talian. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Pengantunan?, bagaimana ia berlaku, proses pengantunan oleh pemangsa, Panduan “SMART” dan pengawasan anak-anak dari berlakunya pengantunan ini. Selain itu, kami membawa peserta-peserta menonton video dari MCMC tentang temuramah Lisa Surihari dengan seorang remaja mangsa rogol. PI Rantau Panjang memberi pendedahan ini untuk kesedaran peserta-peserta yang hadir tentang baik buruk media sosial.
Manakala dalam Kelas ICT Microsoft Word, peserta diberi latihan untuk menaip seperti maklumat tentang perubahan anak-anak. Dalam Kelas ICT ini, peserta diajar untuk menggunakan Review – Language – Set Proofing Language – Paragraph – Justify & Center – Line & Paragraph Spacing. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: