Kelas Softkill (Public Speaking) dan Advokasi (Penipuan Kewangan)
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Softskill (Public Speaking) dan Advokasi (Penipuan Kewangan). Kelas ini berlansung selama 3 jam iaitu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 8 orang peserta telah menghadiri kelas ini iaitu 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang dikalangan pelajar sekolah rendah.
Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri melalui Public Speaking untuk membina jati diri peserta berasa yakin dalam pergaulan seharian dan juga bagi meningkatkan kesedaran peserta dalam penipuan kewangan atas talian. Kelas ini dimulakan dengan pendedahan advokasi tentang penipuan kewangan atas talian dimana peserta diterangkan bagaimana penipuan kewangan boleh berlaku dan apakah perkara yang perlu dielakkan bagi mengelakkan dari penipuan. Kelas juga diteruskan dengan bengkel kemahiran Softskill (Public Speaking) dimana peserta diminta membentuk dua kumpulan dan diberi satu topik yang berbeza. Peserta diberi masa 10 minit perbincangan dan setiap kumpulan harus membentangkan tentang pendapat mereka mengenai topik yang telah diberi.
Kesimpulannya, peserta ternyata telah memahami advokasi yang disampaikan kerana kebanyakan peserta dapat menjawab soalan yang di beri oleh Staff PI. Selain itu juga, peserta sangat aktif dalam penglibatan kelas sesi kedua iaitu Softskill (Public Speaking). Peserta banyak menyumbang idea dan pendapat berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Semoga aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet dapat memberi maanfaat yang lebih banyak lagi kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: