Aktiviti Christmas Decoration

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan mengadakan Aktiviti Christmas Decoration. Aktiviti ini berlansung selama 2 jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang. Aktiviti ini telah dihadiri 4 orang peserta iaitu 2 lelaki dan dua orang perempuan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengansah kemahiran atau bakat pelajar dan meningkatkan hubungan komuniti dengan Pusat Internet Rantau Panjang. Pada aktiviti ini, peserta telah diminta untuk menyediakan sendiri bahan bahan untuk membuat deko krismas untuk dihias di Pusat Internet. Peserta telah menyiapkan rekaan masing masing dengan sangat tekun. Selepas deko yang direka oleh peserta siap, mereka telah menghias sendiri deko di Pusat Internet bagi menambahkan keceriaan.

Di akhir ini, peserta dapat memberi semangat akan cinta kepada pusat internet yang selama ini menjadi tempat utama mereka untuk menimba ilmu dan pengetahuan. Melalui aktiviti ini, peserta dapat memupuk nilai-nilai murni. Pusat Internet Rantau Panjang berharap aktiviti seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan komuniti bersama PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali