Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Penipuan Kewangan II)

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi (Penipuan Kewangan II). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Penipuan Kewangan dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 7 orang peserta yang hadir iaitu 2 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.  

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Kewangan yang disambung daripada Kelas 27 Julai. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini. Peserta-peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting.

Kemudiannya, apa yang telah disalin tadi perlu ditaip dalam Kelas ICT. Pada Kelas ICT ini, peserta diajar untuk menggunakan Numbering, Bullets, Line & Paragrah Spacing, Review – Language – Set Proofing Language. Pada mereka ini sesuatu yang baru, menaip nampak mudah dan senang tetapi mencantikan hasil yang ditaip tidak seperti yang mereka sangka. Namun PI Rantau Panjang memberi peluang peserta untuk menerokai Microsoft Word dengan mendalam dengan percuma.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali