Aktiviti Kebersihan Luar PI

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

3 Ogos 2019 (Sabtu): Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Aktiviti Kebersihan Luar PI. Objektif aktiviti ini bagi memupuk kerjasama antara peserta dan amalan kebersihan sekitar. Aktiviti ini diadakan selama 1 jam dari jam 9 hingga 10 pagi. Seramai 4 orang peserta yang hadir iaitu 1 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini dilakukan kerana kesedaran kebersihan sekitar PI Rantau Panjang. Sampah sarap dipersekitaran dikutip dan dibuang ke tempat pembuangan sampah yang betul.

Sekitar PI Rantau Panjang disapu agar kelihatan bersih. Aktiviti ini dilakukan oleh 4 peserta ini dengan sukarela. PI Rantau Panjang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan penuh kepada peserta atas padu sepanjang aktiviti ini diadakan dan mengharapkan kerjasama diantara peserta ini terus dikekalkan bagi memupuk semangat kerjasama dan saling membantu para peserta serta amalan kebersihan sekitar ini akan berterusan bukan saja di PI Rantau Panjang malah amalan dimana-mana kita berada.

# TERIMA KASIH

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali