Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Buli Siber)

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu mengalu-alukan peserta dari Rh. Jiddy, Rantau Panjang dan bersama mereka PI Rantau Panjang mengadakan Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi (Buli Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Buli Siber dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.  

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Buli Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Buli Siber, mengenali pembuli Siber, Bahasa yang digunakan si pembuli, Contoh-contoh Kes Buli Siber, Tip Pencegahan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa puli Siber. Peserta-peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting.

Kemudiannya, apa yang telah disalin tadi perlu ditaip dalam Kelas ICT. Dalam Kelas ICT ini, peserta diajar untuk menggunakan Numbering, Bullets, Line & Paragrah Spacing, Review – Language – Set Proofing Language. Oleh kerana kumpulan peserta ini jarang-jarang menghadiri kelas, agar sukar juga untuk mereka memahami apa yang diajar.Walau bagaimana pun PI Rantau Panjang memberi peluang kepada peserta-peserta ini untuk menerokai Microsoft Word.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta kumpulan ini dapat menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang lebih kerap agar dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali