Kelas ICT (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Jenayah Siber II)
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan sambungan dari 2 Ogos 2019 Kelas ICT (Mic. Powerpoint) dan Advokasi (Jenayah Siber II). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Jenayah Siber dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 1:30 petang hingga 4:30 petang. Seramai 7 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Jenayah Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang secara menyeluruh apa itu Jenayah Siber, Isu dan Risikonya, Pengetahuan Hak dan Tanggungjawab, Langkah membuat Ketetapan Privasi (Privacy Setting), 5 cara melaporkan Penyalahan Kandungan Laman Facebook, Pengetahuan Undang-Undang serta Kawal Selia Kendiri berkaitan dengan Jenayah Siber ini.
Dalam Kelas ICT pula, sambungan dari Kelas 2 Ogos peserta peserta dikehendaki menambahkan Transition dan Animation pada Slides, Ayat dan Gambar serta Penambahan Kesan Bunyi yang ada bersesuaian dengan Slides mereka. Setelah itu, peserta diajar menghasilkan Slide Tak Interaktif tanpa kawalan mouse oleh peserta. Disini peserta dapat membezakan Slide Interaktif dan juga Slide Tak Interaktif.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta menampakan keterujaan dapat menghasilkan Slide Interaktif dan juga Slide Tak Interaktif. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka dalam pembelajaran mereka suatu hari nanti.
# Syabas!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: