Kelas Advokasi (3 Modul)
11 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (3 Modul). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi:
- Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber
- Modul Jenayah Siber: Hak, Tanggungjawab & Perlindungan
- Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian
Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas Advokasi petang itu, mengabungkan 3 Modul bagi memberi gambaran jelas kepada peserta-peserta yang hadir. Dalam kelas ini, peserta dikehendaki menyalin secara ringkas 3 bahagian berkenaan dengan 3 Modul ini. Hal ini kerana untuk memberi gambaran yang jelas kepada peserta pentingnya Agenda-Agenda seperti Siber Buli, Maklumat Palsu, Cyber Grooming, Sexting dan lain-lain lagi diperkongsikan oleh PI Rantau Panjang selama ini.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan PI Rantau Panjang dalam sesi Kelas Advokasi dengan lebih jelas lagi. Kesimpulan dari kelas petang ini, peserta-peserta memahami kenapa Kelas Advokasi ini kerap diadakan. Moga perkongsian dalam kelas petang ini dapat menjadi garis pandu kepada peserta-peserta yang hadir dalam mereka melalui dunia siber.
#KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: