Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber)
11 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi (Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 5 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa pentingnya modul ini dikongsikan lebih-lebih lagi Risiko Di Alam Siber Bagi Kanak-Kanak tentang Oversharing, Buli Siber, Sexting, Cyber Grooming dan Perisian Kawalan.
Manakala dalam Kelas ICT Microsoft Word, peserta diberi latihan:
Dalam Kelas ICT ini, peserta diajar untuk menggunakan Table, Insert Column, Delete Column, Review – Language – Set Proofing Language serta mewarnakan Table mereka berwarna biru.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: