Kelas ICT (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Jenayah Siber)
3 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Powerpoint) dan Advokasi (Jenayah Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Jenayah Siber dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Jenayah Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Jenayah Siber, Isu dan Risikonya, Pengetahuan Hak dan Tanggungjawab, serta Pengetahuan Undang-Undang berkaitan dengan Jenayah Siber ini. Dalam kelas ini, kami membawa peserta secara sepintas lalu kerana kami tahu tajuk Advokasi petang itu agak berat untuk peserta fahami.
Dalam Kelas ICT pula, peserta diajak untuk menjelajah Google dimama peserta dikehendaki memilih 3 gambar yang berkaitan dengan Jenayah Siber. Peserta diberi tugasan untuk membangunkan 3 Slides dan memuatkan gambar yang dipilih tadi berserta beberapa ayat yang bersesuaian dengan Jenayah Siber. Kemudian peserta dikehendaki menambahkan Transition dan Animation pada Slides, Ayat dan Gambar yang ada bersesuaian dengan kesan pada Slides mereka.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Dalam pada itu, kelas 2 Ogos 2019 disambung kepada 3 Ogos 2091 (Sesi Petang) bagi menghasilkan Slide Tak Interaktif dan kesan bunyi pada Slides mereka. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas ini dapat hadir pada keesokan hari bagi menambah pengetahuan mereka dalam penghasilan slide yang berkesan. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# JANGAN JADIKAN ANDA MANGSA JENAYAH SIBER!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: