Kelas Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian)

10 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.  

Dalam kelas Advokasi ini adalah secara menyeluruh Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian. Pada sesi ini, penerangan tentang Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Kewangan, Keganasan Siber, Keselamtan Komputer dan Kawal Selia Kendiri.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Hal ini kerana perkongsian Advokasi ini merupakan suatu yang berulang bagi peserta. Walau bagaimana pun ia perlu diulang bagi memastikan peserta-peserta mengingatinya dalam kehidupan dunia siber era ini. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka dalam kehidupan dunia siber.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali