Kelas Advokasi dan E-Learning

17 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2020, Rabu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Advokasi dan e-Learning yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta lelaki dan dua orang perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan keselamatan siber. Peserta juga didedahkan dengan tip keselamatan atas talian.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat.

Diharap dengan adanya bimbingan seperti ini akan memudahkan lagi aktiviti harian peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali