Kelas ICT dan Keusahawanan

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT dan Keusahawanan yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 3 orang lelaki.
Objektif penilaian ini adalah untuk menguji tahap pemahaman para peserta dengan latihan tentang Microsoft PowerPoint, asas keusahawanan dan membimbing pelajar dengan penggunaan Google Maps.

Hasil pemerhatian daripada kelas tersebut, para peserta dapat membuat slaid pembentangan produk mereka dengan baik dan diharap apa yang telah dipelajari dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali