Program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (E-Census) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia

19 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2020 sehingga 20 November 2020, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kolaborasi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Pogram Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (E-Census) yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang dan Dewan JKKK Rh Franky Rantau Panjang. Program tersebut dihadiri semua penduduk rumah panjang dikawasan Rantau Panjang.

Antara pengisian program adalah membimbing penduduk untuk mengisi maklumat bancian secara atas talian iaitu E-Census.

Pusat Internet berharap penduduk, Jabatan Awam dan agensi agensi lain dapat manfaatkan lagi penggunaan Pusat Internet pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali