Kelas Asas Multimedia (Prezi) dan Advokasi

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia dan e-Learning yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta lelaki dan seorang perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan cara membuat slaid perbentangan dengan menggunakan Prezi. Peserta juga didedahkan dengan tip keselamatan atas talian.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali