Kelas Asas Microsoft PowerPoint

8 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2020,Isnin, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan cara membuat slaid perbentangan dan mengedit produk menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta merupakan seorang usahawan tempatan dan diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan baik dan secara langsung bermanfaat untuk perniagaannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali