Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Whatsapp

9 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2020,Selasa, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Whatsapp yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan penggunaan ilustrasi, transisi dan animasi dalam Microsoft PowerPoint. Peserta juga didedahkan dengan cara menghasilkan video dengan menggunakan PowerPoint.

Selain itu, peserta juga dibimbing dengan cara menggunakan Whatsapp Web dengan betul. Dengan adanya Whatsapp Web, peserta boleh memindahkan fail dari dalam komputer ke dalam telefon pintar dengan mudah.

Diharap dengan adanya bimbingan seperti ini akan memudahkan lagi aktiviti harian peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali