Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 05 September 2020, MCMC telah mengadakan Program Bengkel kepada Malaysia ICT Volunteer secara atas talian yang disertai oleh Pusat Internet seluruh Malaysia bagi menyampaikan atau meningkatkan pengetahuan digital dalam masyarakat. Objektif bengkel adalah untuk menyampaikan program yang diadakan oleh MCMC dalam mewujudkan penggunaan digital secara positif dikalangan masyarakat yang tidak mengira kaum, status, umur dan jantina. MCMC menekankan masyarakat untuk bijak menggunakan internet seharian.

Mesej utama yang ingin disampaikan melalui program ini adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran komuniti tentang penting nya menggunakan internet dengan betul bagi mengelakkan berlaku nya perkara yang tidak diingini seperti penipuan dan penyebaran berita palsu. MIV semestinya boleh menyebarkan dan menyampaikan penggunaan internet atau digital dengan betul kepada masyarakat. Semoga program ini memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali