Kelas Advokasi (Modul Building Resilience)
6 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Buli Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Modul Building Resilience) dan Website. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 5 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Website 2 jam. Kelas Advokasi pada petang itu adalah berkenaan topik dari Modul Resilience. Dimana diterangkan secara menyeluruh kepada peserta tentang Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta penjaga dalam era siber masa kini. Dalam kelas ini peserta-peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting dalam kelas ini bagi pemahaman mendalam.
Manakala bagi Kelas Website, peserta-peserta diajak untuk mempelopori website MyComms dan Pusat Internet Maxis bagi pemahaman mendalam mereka tentang fungsi Pusat Internet. Rata-rata peserta-peserta teruja lebih-lebih lagi bila nama mereka ada tersenarai dalam Celik IT. Apa yang kita harapkan, dengan perkongsian ini dalam memberi semangat untuk mereka terus bersama PI Rantau Panjang dalam segala macam aktiviti.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: