Kelas Advokasi (KDB & Cek Label Anda)

11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang bekerjasama dengan PI Kampung Bandong telah mengadakan Kelas Advokasi (KDB & Cek Label Anda). Kelas ini telah berlansung selama 2 jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta iaitu 3 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Peserta peserta yang menghadiri kelas ini kebanyakan nya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Objektif kelas diadakan adalah untuk menambahkan lagi pemahaman peserta tentang program advokasi Klik Dengan Bijak dan Cek Label Anda. Didalam kelas ini, peserta menggunakan diberi keterangan tentang jenayah jenayah siber, penyalahgunaan internet dan memeriksa label MCMC pada alat elektronik seperti telefon bimbit, tablet, charger dan sebagai nya. Di akhir kelas ini, peserta ternyata sangat mengambil perhatian semasa kelas dijalankan. Peserta juga sudah memahami advokasi dengan sebaiknya kerana selalu terdedah dengan penerangan setiap kelas sebelum ini. Semoga kelas yang diadakan PI dapat memberi manfaat kepada penduduk komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali