Kump 3 – Kelas Asas Internet) & Advokasi (Pengenalan Advokasi, e-Waste & Check Label Anda)

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan 3– Kelas Asas Internet & Advokasi (Pengenalan Advokasi, e-Waste & Check Label Anda) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Pengenalan Advokasi, e-Waste & Check Label Anda dan kemahiran dalam Asas Internet. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 3 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan 3 yang menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi – Pengenalan Advokasi, Check Label Anda & E-Waste. Untuk Check Label Anda dikongsikan apakah perlu menyemak Label pada alat elektronik, Cara untuk menyemak label dan kenapa perlu label penting pada alat elektronik. Manakala e-Waste penerangan tentang apakah dan bagaimana e-Waste. Selain itu juga, peserta didedahkan tentang kepentingan label pada peralatan alat telekomunikasi, cara untuk menyemak label alatan tersebut serta kenapa label penting pada alat telekomunikasi. Kemudian disambung dengan Kelas Asas Internet. Untuk Kelas Asas Internet peserta diajar tentang Google Map, Google Chrome dan Youtube.

Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Komputer. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali