Kelas MS Office (Word) dan Advokasi Perlindungan Kanak Kanak kanak dalam Siber

4 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Januari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang bekerjasama dengan PI Kampung Bandong telah mengadakan Kelas MS Office (Word) dan Advokasi Perlindungan Kanak Kanak dalam Talian. Kelas ini telah berlansung selama 3 jam iaitu dari jam 2 hingga 5 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta iaitu 2 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Peserta peserta yang menghadiri kelas ini kebanyakan nya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Objektif kelas diadakan adalah untuk mengansahkan lagi kemahiran peserta menggunakan MS Office (MS Word) dan meningkatkan kesedaran peserta tentang perlindungan kanak kanak dalam siber. Didalam kelas ini, satu jam pertama kelas telah didedahkan tentang akta akta perlindungan kanak kanak jika berlaku nya jenayah siber melibatkan kanak kanak. Selepas itu peserta terus disambung dengan kelas MS Office menggunakan Microsoft Word dengan mereka label nama untuk di lekatkan pada buku sekolah peserta memandangkan sekolah baru sahaja dibuka.

Peserta telah ditunjuk ajar dengan teliti oleh pelatih. Di akhiri kelas ini, peserta ternyata sangat mengambil perhatian tentang kawal selia oleh pihak mcmc dan pihak berwajib termsuk ibu bapa dalam melindungi dan mengawal kanak kanak dalam siber. Selain itu juga, peserta yang kebanyakan nya dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah boleh belajar membuat kerja dengan mudah dan terurus untuk persiapan mereka pada masa akan datang dalam pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali