Kelas PC Hardware & Advokasi (Keganasan Siber & Keselamatan Komputer)
15 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas PC Hardware & Advokasi (Keganasan Siber & Keselamatan Komputer). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Keganasan Siber & Keselamatan Komputer serta PC Hardware. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi 2 jam manakala Kelas PC Hardware sejam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Keganasan Siber. Peserta diterangkan Definisi Keganasan Siber, Contoh-Contoh Kumpulan Penganas Islam dan Kumpulan Penganas Bukan Islam, Kenapa Kumpulan penganas menggunakan internet dan media sosial?, Bagaimana Kumpulan penganas mengeksplotasi internet dan media sosial? serta tip-tip memerangi ekstrimisne ini. Manakala topik Keselamatan Komputer. Peserta diterangkan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware.
Untuk Kelas Kelas PC Hardware, peserta diajak melayari Google tentang perkakasan komputer dari sejarah awal komputer hingga ke era ini. Peserta diperkenalkan sejarah awal komputer dimana komputer bersaiz bangunan hingga ke saiz Notebook masa kini. Peserta juga didedahkan komponen komputer seperti Monitor, Keyboard, Mouse, Speaker, Hard Disk, Pendrive dan banyak lagi serta fungsi setiap komponen. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas PC Hardware keterujaan peserta tentang komponen dan sejarah Komputer amat membanggakan. PI Rantau Panjang kolaborasi bersama PI Kg. Bandung berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: