Kumpulan II (b) – Kelas Asas Komputer (Mic. Powerpoint, Mic. Excel & Internet) & Advokasi (Keselamatan Komputer)

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II (b) – Kelas Asas Komputer (Mic. Powerpoint, Mic. Excel & Internet) & Advokasi (Keselamatan Komputer) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Keselamatan Komputer) dan kemahiran dalam Asas Komputer (Mic. Powerpoint, Mic. Excel & Internet). Kelas ini diadakan selama 6 jam dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Seramai 3 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II (b) yang menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi - Check Label Anda & E-Waste. Untuk Check Label Anda dikongsikan apakah perlu menyemak Label pada alat elektronik, Cara untuk menyemak label dan kenapa perlu label penting pada alat elektronik. Manakala e-Waste penerangan tentang apakah dan bagaimana e-Waste. Selain itu juga, peserta didedahkan tentang kepentingan label pada peralatan alat telekomunikasi, cara untuk menyemak label alatan tersebut serta kenapa label penting pada alat telekomunikasi.

Kemudian disambung dengan Kelas Asas Komputer (Mic. Powerpoint, Mic. Excel & Internet). Untuk Kelas Mic. Powerpoint peserta belajar tentang Animasi dan Transition. Manakala Pengiraan dalam Mic. Excel dan untu Asas Internet peserta diajar tentang Google Map, Google Chrome dan Youtube. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Komputer. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali