Kelas Advokasi (Buli Siber & Oversharing)
8 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Buli Siber & Oversharing) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Buli Siber & Oversharing. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Buli Siber & Oversharing. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Buli Siber, mengenali pembuli Siber, Bahasa yang digunakan si pembuli, Contoh-contoh Kes Buli Siber, Tip Pencegahan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa Buli Siber. Peserta-peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting dalam kelas ini bagi pemahaman mendalam. Untuk Oversharing pula diterangkan berkenaan Apa itu Oversharing, 7 risiko sekiranya ‘overshare’, bagaimana dan akibat Overshare serta langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan tajuk pada petang tersebut.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam era zaman internet masa kini. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: