Kelas Basic ICT & Advokasi (Buli Siber)
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan kolaborasi dengan PI Kampung Bandong dengan Kelas Basic ICT & Advokasi (Buli Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang perlu dan pentingnya Advokasi dan Asas Internet. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Buli Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Buli Siber, mengenali pembuli Siber, Bahasa yang digunakan si pembuli, Contoh-contoh Kes Buli Siber, Tip Pencegahan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa Buli Siber. Peserta-peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting dalam kelas ini bagi pemahaman mendalam.
Manakala dalam Kelas ICT, peserta - peserta didedahkan penggunaan keyboard bagi asas kepada mereka. Peserta-peserta yang hadir pada petang itu majorit 11 tahun ke bawah oleh yang demikian dalam kelas ini intensif penggunaan Keyboard adalah ditekan. Dimana mereka diajar Caps Lock – Tab – Enter – Spacing – Num Lock. Contoh-contoh penggunaan Huruf Besar dan Kecil dilatih dalam kelas ini seolah-olah satu permainan bagi mupuk semangat mereka.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam Keyboard dengan menggunakan Microsoft Word. PI Rantau Panjang & Kg. Bandong berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: