Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas) & Advokasi (Buli Siber)

14 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas) & Advokasi (Buli Siber) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Buli Siber) dan Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas). Kelas ini diadakan selama 1 jam dari jam 4 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 9 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi dan Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas). Dalam kelas Advokasi, penerangan tentang apa itu Buli Siber, mengenali pembuli Siber, Bahasa yang digunakan si pembuli, Contoh-contoh Kes Buli Siber, Tip Pencegahan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa Buli Siber. Manakala Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas), peserta-peserta melakukan Pendaftaran Portal eKelas pada petang itu. Peserta-peserta diberi peluang untuk menjelajah Portal eKelas. Rata-rata peserta eKelas teruja dengan eKelas mereka. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi dan teruja dengan eKelas mereka. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali