Kelas Advokasi (Jenayah Siber)
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Jenayah Siber) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Jenayah Siber. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Jenayah Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Jenayah Siber, Isu dan Risikonya, Pengetahuan Hak dan Tanggungjawab, serta Pengetahuan Undang-Undang berkaitan dengan Jenayah Siber ini. Dalam kelas ini, kami membawa peserta secara sepintas lalu kerana kami tahu tajuk Advokasi petang itu agak berat untuk peserta fahami.
Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.
# JANGAN JADIKAN ANDA MANGSA JENAYAH SIBER!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: