Kelas Mic. Office (Mic. Excel) & Advokasi (Cybergrooming)

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) dan Advokasi (Cybergrooming). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Cybergrooming dan Microsoft Excel. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 8 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Cybergooming. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Cybergrooming ini terjadi. Apa yang dipertontonkan dalam Video KDB Cybergrooming, peserta dapat melihat sendiri bahayanya Cybergrooming ini. Semoga peserta mengambil langkah berjaga-jaga dalam kehidupan media sosial era ini.

Manakala dalam Kelas Microsoft Office (Mic. Excel), peserta diajak untuk bermain dengan operasi + & -. Latihan yang diberikan nampak mudah. Walaubagaimana pun, ada peserta yang mengalami kesulitan dalam menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, kami cuba mengajak peserta bermain dengan Excel ini bagi mengurangkan rasa sukar mereka menggunakan Excel. Hal ini kerana, ia baru dan sukar bagi mereka. Tetapi sebenarnya ia mudah dan senang.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) beberapa orang peserta boleh menguasai kelas dengan baik. Walaupun ada beberapa peserta yang masih belum dapat menguasai namun kesungguhan mereka menyiapkan tugasan amat memberansangkan. Dengan pendedahan ini, diharapkan dapat membantu mereka dalam persiapan diri dalam kerja sekolah para peserta serta kegunaan mereka pada masa akan datang.

# KDB – Adakah kita kenal rakan siber kita disebalik komputer?

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali