Kelas Advokasi (Buli Siber)

5 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari 2020(Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Buli Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Buli Siber. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 4 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Buli Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Buli Siber, mengenali pembuli Siber, Bahasa yang digunakan si pembuli, Contoh-contoh Kes Buli Siber, Tip Pencegahan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa Buli Siber. Peserta-peserta dikehendaki menyalin beberapa nota penting dalam kelas ini bagi pemahaman mendalam.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam era zaman internet masa kini. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali