Kelas Advokasi (e-Waste)
18 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (e-Waste) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang e-Waste. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik e-Waste. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana e-Waste. Selain itu juga, peserta didedahkan tentang kepentingan label pada peralatan alat telekomunikasi, cara untuk menyemak label alatan tersebut serta kenapa label penting pada alat telekomunikasi, Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.
# SELAMATKAN BUMI, KITAR SEMULA ALAT TELEKOMUNIKASI ANDA!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: