Kelas E-Learning (English Reading) & Advokasi (Oversharing)
3 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas E-Learning (English Reading) & Advokasi (Oversharing) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Oversharing) dan E-Learning (English Reading). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas E-Learning (English Reading) sejam. Dalam kelas Advokasi ini, tajuk Oversharing diperkongsikan iaitu berkenaan Apa itu Oversharing, 7 risiko sekiranya ‘overshare’ , bagaimana dan akibat Overshare serta langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan tajuk pada petang tersebut.
Seterusnya dalam Kelas E-Learning (English Reading) pula, peserta – peserta belajar sambil membaca petikan pendek berbahasa Inggeris. Dalam kelas ini, kami cuba mengajak peserta membaca dengan betul dalam bahasa Inggeris. Kami cuba membantu peserta menguasai bahasa Inggeris dan mengatasi rasa malu peserta membaca. Hal ini kerana apa bila membaca dalam bahasa Inggeris didapati kebanyakan pelajar bumiputera dikuasai rasa malu. Oleh yang demikian kami mengambil inisiatif ini membantu mereka walaupun tidak banyak sekurang-kurangnya mereka ingin mencuba.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas E-Learning (English Reading) peserta dapat menambah pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# KDB: TIADA JALAN MUDAH!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: