Kumpulan I - Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) & Advokasi (e-Waste)

7 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2020 (Khamis), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan I - Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) & Advokasi (e-Waste) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (e-Waste) dan kemahiran dalam Microsoft Excel. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 5 orang iaitu 1 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan I yang menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik e-Waste. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana e-Waste. Selain itu juga, peserta didedahkan tentang kepentingan label pada peralatan alat telekomunikasi, cara untuk menyemak label alatan tersebut serta kenapa label penting pada alat telekomunikasi. Kemudian kelas disambung dengan Kelas Asas Microsoft Excel. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Excel. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali