Kumpulan II (a) - Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) & Advokasi (Keselamatan Komputer)
14 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Februari 2020 (Khamis), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II (a) - Kelas Microsoft Office (Mic. Excel) & Advokasi (Keselamatan Komputer) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Keselamatan Komputer) dan kemahiran dalam Microsoft Excel. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 9 hingga 11 pagi. Seramai 4 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II (a) yang menghadiri Kursus Komputer diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.
Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi (Keselamatan Komputer - Check Label Anda & E-Waste). Untuk Check Label Anda dikongsikan apakah perlu menyemak Label pada alat elektronik, Cara untuk menyemak label dan kenapa perlu label penting pada alat elektronik. Manakala e-Waste penerangan tentang apakah dan bagaimana e-Waste. Selain itu juga, peserta didedahkan tentang kepentingan label pada peralatan alat telekomunikasi, cara untuk menyemak label alatan tersebut serta kenapa label penting pada alat telekomunikasi.
Kemudian disambung dengan kelas Asas Microsoft Excel peserta belajar tentang Pengiraan dalam Mic. Excel. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: