Kelas ICT (Asas Microsoft Excel)

4 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jul 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Asas Microsoft Excel) bagi Kumpulan 4 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas pengiraan dalam menggunakan Microsoft Excel dan membuat belanjawan bulanan. Kelas terhad kepada 5 orang peserta sahaja memandangkan perlu mematuhi penjarakan sosial dan mengamalkan norma baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali