Kelas Asas Microsoft Excel Kumpulan 4

28 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel bagi Kumpulan 4 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada Microsoft Excel dan fungsinya. Selain itu, para peserta juga mempelajari asas pengiraan dalam menggunakan Microsoft Excel dan membuat jadual. Kelas dijalankan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Diharap para pelajar dapat mempraktikkan segala apa yang telah dipelajari pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali