Kelas Asas Microsoft Excel

18 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2020, Selasa, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Asas Microsoft Excel yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan. Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan asas pengiraan dalam Microsoft Excel. Peserta juga diberikan latihan untuk memudahkan peserta memahami apa yang telah dipelajari.Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali