Kelas Microsoft Office (Mic. Word – Chap Goh Mei) & Advokasi (Maklumat Palsu & Sebenarnya.My)

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Microsoft Office (Mic. Word) & Advokasi (Maklumt Palsu & Sebenarnya.My) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Maklumat Palsu & Sebenarnya.My serta memantapkan penguasaan Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Microsoft Office 2 jam. Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi Maklumat Palsu dan Sebenarnya.My. Untuk Maklumat Palsu dikongsikan apakah dan bagaimana Maklumat ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan. Disamping itu juga, diperkongsikan dengan para peserta contoh-contoh maklumat yang tidak tepat serta kemudaratan Maklumat Palsu kepada kita. PI Rantau Panjang & Kg. Bandong juga membawa peserta mengetahui bagaimana memastikan maklumat yang dikongsikan dalam media masa adalah sahih.

Bagi memastikan maklumat ini sahih & tetap diterangkan tentang Portal & Aplikasi Sebenarnya.My bagi menyemak kesahihan maklimat yang diterima seta melaporkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Oleh kerana pada hari tersebut merupakan sambutan Chap Goh Mei, peserta diberi tugasan menggunakan Microsoft Word dengan menaip petikan pendek mengenai Chap Goh Mei daripada Wikipedia dan copy & paste gambar yang berkaitan. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi.

Manakala untuk Kelas Microsoft Office (Mic. Word) peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang lebih kerap agar dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali