Kumpulan II - Kelas Microsoft Office (Mic. Word) & Advokasi (Maklumat Palsu & Sebenarnya.My)

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II - Kelas Microsoft Office (Mic. Powerpoint) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Maklumat Palsu & Sebenarnya.My) dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 9 pagi hingga 11 tengahari. Seramai 7 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II yang menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi Maklumat Palsu dan Sebenarnya.My. Untuk Maklumat Palsu dikongsikan apakah dan bagaimana Maklumat ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan. Disamping itu juga, diperkongsikan dengan para peserta contoh-contoh maklumat yang tidak tepat serta kemudaratan Maklumat Palsu kepada kita. PI Rantau Panjang & Kg. Bandong juga membawa peserta mengetahui bagaimana memastikan maklumat yang dikongsikan dalam media masa adalah sahih.

Bagi memastikan maklumat ini sahih & tetap diterangkan tentang Portal & Aplikasi Sebenarnya.My bagi menyemak kesahihan maklimat yang diterima seta melaporkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Kemudian kelas diteruskan dengan Asas Microsoft Word. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali