Kelas Softskills (Rutin Harian) & Advokasi (Maklumat Palsu)
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Maklumat Palsu) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Maklumat Palsu dan Softskills (Rutin Harian). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 5 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Softskills (Rutin Harian) 1 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Maklumat Palsu. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Maklumat ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan. Disamping itu juga, diperkongsikan dengan para peserta contoh-contoh maklumat yang tidak tepat serta kemudaratan Maklumat Palsu kepada kita. PI Rantau Panjang juga membawa peserta mengetahui bagaimana memastikan maklumat yang dikongsikan dalam media masa adalah sahih.
Manakala dalam Kelas Softskills (Rutin Harian) pula, peserta – peserta diajak untuk menjelajah Rutin Harian yang sihat. Dalam kelas ini, diperkongsikan Rutin Harian setiap peserta-peserta yang hadir. Bermula dengan aspek Tidur, Pengambilan Makanan dan Cara hidup yang sihat disentuh dalam kelas ini. Walau apa pun, dengan perkongsian dan perdedahan ini diharapkan boleh membantu peserta-peserta dalam mengamalkan Cara Hidup Sihat.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Softskills (Rutin Harian) peserta dapat menambah pengetahuan mereka tentang Cara Hidup Sihat. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# TIADA JALAN MUDAH!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: