Kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’
4 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniSukacita dimaklumkan bahawa MCMC sedang giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’. Akhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan.
Objektif kempen adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Mesej utama yang ingin disampaikan melalui kempen ini adalah jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima. Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: