Program Gotong-Royong sempena Hari Malaysia

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2020, Jumaat, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Program Gotong-Royong sempena Hari Malaysia bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 3:30 petang. Program tersebut dimulakan dengan pembahagian tugas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengutip sampah di sekitar Pusat Internet, membersihkan debu-debu, menyapu, mengemop, mengelap cermin tingkap dan pintu pusat internet. Kerjasama antara semua peserta gotong - royong amat baik dan diharap aktiviti seperti ini dapat mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam kalangan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali