Kelas Advokasi (Ketagihan Internet dan Pengantunan Dalam Talian)

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Ketagihan Internet dan Pengantunan Dalam Talian) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Ketagihan Internet dan Pengantunan Dalam Talian. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 4 orang peserta yang hadir peserta lelaki. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.

Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Ketagihan Internet dan Pengantunan Dalam Talian iaitu tentang Takrifan Ketagihan Internet, jenis ketagihan, kesan klinikal & neurologikal dan cara mengatasinya. Manakala Pengantunan Dalam Talian penerangan tentang apa itu Pengantunan?, bagaimana ia berlaku, proses pengantunan oleh pemangsa, Panduan “SMART” dan pengawasan anak-anak dari berlakunya pengantunan ini.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Hal ini kerana perkongsian Advokasi ini merupakan suatu yang berulang bagi peserta. Walau bagaimana pun ia perlu diulang bagi memastikan peserta-peserta mengingatinya dalam kehidupan dunia siber era ini. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka dalam kehidupan dunia siber.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali