Kelas e-Learning (Kahoot ICT) dan Advokasi

24 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas e-Learning (Kahoot ICT) dan Advokasi yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan seorang perempuan.

Antara pengisian kelas adalah taklimat ringkas Advokasi merangkumi topik Buli Siber, Penyebaran Maklumat Palsu, E-Sisa Mudah Alih, Cek Label Anda dan Perkongsian Secara Berlebihan. Selain itu, peserta jua berpeluang menjawap kuiz berkaitan Advokasi, asas ICT dan Kuiz Merdeka sempena bulan kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali