Kelas SoftSkills (Mengukur Keperibadian Melalui Silang Kata) & Advokasi (Kawal Selia Kendiri)
1 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 29 Februari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas SoftSkills (Mengukur Keperibadian Melalui Silang Kata) & Advokasi (Kawal Selia Kendiri) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta perlunya Kawal Selia Kendiri dan Softskill (Keperibadian Diri). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Softskills sejam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang apa itu Kawal Selia Kendiri serta keperluannya untuk peserta tahu. Selain itu, peserta juga didedakan beberapa kes yang berkaitan hingga memudaratkan dan tip-tip yang perlu dalam Kawal Selia Kendiri ini. Manakala untuk Kelas Softskills, peserta-peserta diberi Silang Kata. Pada permulaan sesi, peserta-peserta diberi 3 minit untuk menyelesaikan Silang Kata. Pada masa pertama ini, dimana seorang peserta dapat menyelesaikan Silang Katam 2 orang pesera bersungguh-sungguh menyelesaikannya manakala 3 peserta sambil lewa dan tidak dapat menyelesaikan Silang Kata. Kemudian peserta-peserta diberi peluang ke-2 dan semua peserta dapat menyelesaikan Silang Kata dalam 5 minit dengan semangat dan bersungguh-sungguh.
Softskills ini, mengajak peserta-peserta menilai keperibadian diri. Moral dari kelas ini, jangan mengambil mudah dalam melakukan tugas yang diberikan. Diakhir kelas, peserta-peserta kelas menyelesaikan Silang Kata secara bekumpulan dengan hanya 3 minit sahaja. Keputusannya Silang Kata dapat dilakukan dengan cepat & mudah. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Softskills diharap peserta-peserta dapat memperbaiki keperibadian negatif dalam keperibadian mereka ke arah keperibadian yang positif. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: