Kumpulan II - Kelas ICT & Microsoft Office (Mic. Word)

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II - Kelas ICT & Microsoft Office (Mic. Word) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Asas Komputer dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 7 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta perempuan.

Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II yang berminat menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu. Kelas ini merupakan kelas gabuangan Asas Komputer dan Microsoft Office dengan mempelajari Asas Microsoft Word, peserta diberi penerangan tentang Microsoft Word dan diberi latihan menaip. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali